LUQMAN DAUD CHANNEL

@luqmandaudchannel


MAAHAD DARUL WAFA'
Hidup mencari Redha Ilahi🌹

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:26


Adakalanya, perginya sesetengah orang daripada hidupmu itu, merupakan satu rahmat.


JOIN TELEGRAM :
https://t.me/luqmandaudchannel

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:25


Boleh jadi, kedua ibu bapamu tidak mampu memberikan segala apa yang engkau mahukan, namun percayalah bahawa kedua ibu bapamu telah berusaha sepenuh daya untuk memberikan segala apa yang mereka miliki.


JOIN TELEGRAM :
https://t.me/luqmandaudchannel

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:25


Dek kerana jemaah muslimin tidak bergerak ke hadapan setelah diminta oleh pengerusi majlis untuk rapatkan kedudukan dengan Tuan Guru,

maka kata Tuan Guru, "biar saya sahaja yang mengalah untuk duduk dibawah agar boleh rapat dengan jemaah, agar tiada waktu dan detik kehidupan kita tersisa dengan perkara sia-sia"

Bila Tuan Guru turun ke bawah, maka semua jemaah muslimin yang berada di belakang terus mara & dekat ke hadapan.

Begitulah ketelusan & ketegasan Abina Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin dalam mendidik masyarakat tentang adab & akhlak.

Beliau sentiasa memberikan pengajaran berharga buat jemaah & masyarakat agar menghargai nilai ilmu & tidak memandang lekeh terhadap majlis ilmu, seterusnya menjadi insan yang bersegera dalam merebut Rahmat Allah SWT.



https://www.facebook.com/share/p/5M9mfbUSJCurkgzq/

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:24


Y4hY4 Sin W4r bermimpi perjalanan Syahidnya.

Dalam buku yang ditulis oleh beliau yang berjudul DURI & CENGKIH ( الشوك والقرنفل ) telah digambarkan oleh Asy Syahid bagaimana kematian yang akan diperolehinya.

“Sekarang telah tiba waktunya wahai ibuku: sesungguhnya aku menyaksikan diriku akan menyerang tempat mereka (Zion’s), aku akan membunuh mereka dengan mudah seumpama biri-biri, kemudian aku akan gugur syahid. Aku menyaksikan selepas itu aku berada dipangkuan baginda Rasulullah SAW didalam syurga dengan segala nikmatnya. Baginda Rasulullah SAW menyambutku ‘selamat datang buatmu, selamat datang buatmu’ “.

وفيت وعدك والله أوفى بوعده

Berbahagialah buatmu wahai pejuang.
Kami mencemburuimu
Moga bertemu kita di syurga nanti.

Kredit to Abdul Rahman Che Mat



JOIN TELEGRAM :
https://t.me/luqmandaudchannel

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:24


JOIN TELEGRAM ;
https://t.me/luqmandaudchannel

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:24


Perkongsian macam ni saya hanya mampu share di Telegram & Tiktok sahaja. Tak dapat post di facebook, kena removed.

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:23


Berehatlah wahai sang pejuang Agama Allah yang mulia di negeri yang kekal abadi,

Semoga Allah gantikan tanganmu yang cedera dengan sayap di Syurga agar kamu mampu terbang bebas dengan penuh nikmat di sana
,

🥺🥺🥺

https://vt.tiktok.com/ZSjJstAp3/

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:22


Ada lelaki hidupnya duduk di kerusi layan Netflix main game sampailah dia mati,

Ada lelaki tinggalkan anak-isteri melekat di kerusi mamak dengan kawan sampai pagi,

Ada lelaki empuk di kerusi berhawa dingin tunggu gaji demi duniawi,

Ada lelaki bila sakit bersandar di kerusi berhari-hari pabila sudah kuat habis ditinggalkan isteri yang berbakti,

Ada lelaki masanya mengejar kerusi kosong kapal terbang untuk melancong cari-cari makan bersama anak dan bini,

Ada lelaki narsistik gilakan kerusi kuasa dan semuanya ‘about me’,

Dan ada seorang lelaki ini maha berani mati parah bersandar rehat di kerusi, sudah habis terjual dagangan jasad dan dunianya,

Seolah-olah Ilahi di depannya sedang membayarnya dengan syurga,

Dan aku hanya mampu mengalirkan air mata terasa malang lelaki bagaimanakah aku nanti mati di atas kerusi yang mana?

Kredit : Hanif Yaacob




JOIN TELEGRAM :
https://t.me/luqmandaudchannel

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:22


Gambar ini dikongsi oleh pemilik rumah dimana Y4hya S!nwar berperang dan jatuh syahid. Pemilik rumah itu post gambar sofa yg As-Syahid Y4hya duduk diatasnya ketika detik-detik terakhir beliau di dunia ini. Lalu tuan empunya rumah menulis ( sofa yg paling mulia dan suci di seluruh dunia berada di rumah kami ) 🥺🥺

Kredit : TahreerGh Gh


https://www.facebook.com/share/p/VyjFYkdgeQA9xQHM/

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:21


Pertemuan penuh bermakna petang tadi antara Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki bersama Tuan Guru Haji Mat Min (Dungun).

Tuan Guru Hj Mat Min berumur 82 tahun dan menetap di Kampung Pulai Serai, Dungun Terengganu.

Tuan Guru Haji Mat Min belajar di Mekkah kemudian sambung ke bumi Tareem kemudian pula ke Fathani.

Antara Guru-Guru Beliau:

1.Sayyid Alawi Abbas Al Maliki
2.Sayyid Muhammad Amin Qurtubi
3.Syeikh Abdullah Al Lahji
4.Syeikh Ismail Zain
5.Dr Bustami Muhammad Khir
6.Syeikh Yasin Al Fadani
7.Habib Salim Al Hafidz
8.Tuan Guru Baba Yeh Tok Jong
9.Habib Hasaan As Syatiri
10.Tuan Guru Baba Li Caya


https://www.facebook.com/share/p/2hhA3oBNpc3jKPeR/

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:20


https://www.facebook.com/share/p/WqUoZYL2AUu58ggr/

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:20


https://www.facebook.com/share/p/iuNYF338LeD3nSoP/

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:18


3 tempat paling ramai orang mati:

1. Rumah kediaman
2. Hospital
3. Jalan raya

Tempat yang paling sikit orang mati...MASJID
🥺

Kredit : M. Taufik Tee Abdullah



JOIN TELEGRAM :
https://t.me/luqmandaudchannel

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:16


Tiada siapa pun yang mendahului engkau, ataupun engkau yang mendahului sesiapa. Setiap orang berjalan diatas takdir yang telah ditentukan keatas dirinya.

Apa yang terluput daripadamu, bukanlah bahagian rezekimu. Dan apa yang menjadi bahagianmu, ia pasti akan menjadi milikmu.



JOIN TELEGRAM :
https://t.me/luqmandaudchannel

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:14


https://www.facebook.com/share/p/SzkNoTG5gMnEUJPf/

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:14


Segala puji bagi Allah, dengan sebab memanjatkan rasa syukur itu, segala nikmat yang dikecapi terus dinikmati.

Alhamdulillah atas segalanya.



JOIN TELEGRAM :
https://t.me/luqmandaudchannel

LUQMAN DAUD CHANNEL

21 Jan, 00:12


https://www.facebook.com/share/p/u9FKabN3ojb2heBG/