Jack Lester

@jacklester


JL - Edisi Kisah Benar

Jack Lester

15 Oct, 10:50


KENALI FRANE SELAK, MANUSIA PALING "BERTUAH DI DUNIA"

Pernah dengar nama Frane Selak? Dia yang dilahirkan lahir pada 14 Jun 1929 di Dubrovnik, Croatia digelar sebagai "manusia paling bertuah di dunia" kerana pernah terselamat daripada tujuh kemalangan yang hampir membawa maut. Diulangi, tujuh kemalangan.

https://www.jacklester33.com/2024/10/kenali-frane-selak-manusia-paling.html?m=1

Support saya juga dengan beli apa-apa barang di sini :

https://s.shopee.com.my/4pxeJmfcVM

Jack Lester

14 Oct, 10:58


KISAH PEMBUNUHAN KEJAM DYLAN REDWINE :

Suspek sudah semestinya Mark sendiri. Dia mula dicurigai rentetan penemuan beberapa bukti seperti darah Dylan di dalam rumahnya dan juga anjing pengesan mayat yang mengesan bau di seluruh rumah dan di dalam kereta milik Mark. Motif Mark? Hubungannya dengan Dylan yang dilaporkan begitu dingin sekali. Terdapat laporan yang mendakwa bahawa Dylan dan abangnya iaitu Cory pernah melihat gambar jijik Mark. Gambar yang dimaksudkan gambar Mark yang memakai bra berwarna merah dan lagi jijik, gambar Mark yang memakan najis dari lampin.

https://www.jacklester33.com/2024/10/kisah-pembunuhan-kejam-dylan-redwine.html?m=1

Support saya juga dengan pembelian apa-apa barang di sini :

https://s.shopee.com.my/9KQ25kDHxV

Jack Lester

13 Oct, 13:18


30 Days of Night (2007) :

Apa yang membezakan Vampire dalam filem 30 Days of Night ini dengan Vampire dalam filem lain adalah mereka digambarkan sebagai makhluk buas dan primitif selain memiliki kekuatan luar biasa kerana mereka hanya dapat dibunuh dengan cahaya matahari atau dipenggal bahagian kepala.

https://www.jacklester33.com/2024/10/filem-30-days-of-night-vampire-luar.html?m=1

Support saya juga dengan beli apa-apa barang di sini :
https://s.shopee.com.my/6fPFTljmfi

Jack Lester

13 Oct, 07:47


KES DOMINIQUE PELICOT : Suami Dari Neraka

Apa yang benar-benar mengejutkan, pihak polis telah menemui sekitar 20 000 keping foto dan rakaman video isteri Dominique iaitu Gisele Pilecot dirogol oleh puluhan lelaki dengan Dominique sendiri sebagai dalang utama. Dominique dipercayai telah melakukan perbuatan terkutuk terhadap Gisele itu sejak dari tahun 2011. Gisele diberikan ubat penenang terlebih dahulu hingga membuatkan dia tidak sedarkan diri sebelum Dominique menjemput lelaki lain untuk merogol isterinya. Dominique menggunakan platform dalam talian, menbuat tawaran kepada lelaki yang berminat untuk menjadikan Gisele sebagai pemuas nafsu mereka.

BACAAN SELANJUTNYA DI RUANG KOMEN :

https://www.jacklester33.com/2024/10/kes-dominique-pelicot-suami-dari-neraka.html?m=1

Support saya dengan membuat pembelian novel seram iaitu πˆπ’π“π€ππ€ π’π˜π€πˆπ“π€π :

https://s.shopee.com.my/5fWhvPb8el

Jack Lester

13 Oct, 01:35


MENGENANG CHRISTIAN : Ikatan Kasih Sayang Luar Biasa antara Manusia dengan Haiwan

Saat Christian semakin membesar, John dan Anthony mula menyedari bahawa singa itu sepatutnya di tinggal habitat asal, bukan di kawasan bandar. Ditambah lagi kos untuk memelihara sangatlah tinggi, maka John dan Anthony membuat keputusan untuk menghantar Christian ke tempat alam semula jadi yang sepatutnya. 


https://www.jacklester33.com/2024/10/mengenang-christian-ikatan-kasih-sayang.html?m=1

Support juga dengan membuat pembelian apa-apa barang Shopee di sini :

https://s.shopee.com.my/7KevQEESoN

Jack Lester

11 Oct, 08:15


TAK PUAS HATI DICERAI, BEKAS MADU BUNUH ISTERI PERTAMA.
Mayat Laksmiwati sebelum itu ditemui oleh Dr. Sukardi sendiri yang masuk ke dalam bilik sejurus selesai menunaikan solat Maghrib. Hasil pemeriksaan yang pihak polis jalankan, mereka mendapati terdapat kesan cekikan pada bahagian leher Laksmiwati selain menemui beberapa bahan bukti termasuk seutas tali plastik yang dipercayai dijadikan sebagai senjata utama pembunuhan. 

Link Bacaan :
https://www.jacklester33.com/2024/10/tak-puas-hati-dicerai-bekas-madu-bunuh.html?m=1

Support saya juga dengan membuat apa-apa barang Shopee di sini :
https://s.shopee.com.my/BBiCwmWxN

Jack Lester

09 Oct, 13:03


Apa yang mengejutkan yakni pada bulan Ogos 2024, Jessica dibebaskan secara bersyarat. Pembebasan ini dibuat berdasarkan Surat Keputusan Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Republik Indonesia di mana dalam pertimbangan pembebasan tersebut, Jessica telah menunjukkan tingkah laku yang baik sepanjang tempohnya dipenjarakan.

https://www.jacklester33.com/2024/10/jessica-kumala-wongso-dibebaskan.html?m=1

Support dengan membeli apa-apa barang shopee di sini :

https://s.shopee.com.my/9KPuG14lax

Jack Lester

09 Oct, 06:04


Baru-baru ini yakni selepas penangkapan P.Diddy atas beberapa kesalahan jenayah termasuk serangan seksual dan pemerdagangan manusia, nama Beyonce hangat diperkatakan kerana timbul teori serts spekulasi tentang peranan atau pengaruhnya dalam setiap aktiviti haram yang dilakukan oleh P.Diddy. 

https://www.jacklester33.com/2024/10/skandal-p-diddy-apa-kaitan-beyonce.html?m=1

Support saya juga dengan membuat pembelian novel di bawah :

Dua antologi yang menghimpunkan pelbabai kisah seram dari penulis-penulis tempatan dan novel solo crime thriller yang membongkar konspirasi puzzle yang digelar Cicada :

https://s.shopee.com.my/7pb5zEIas2 - Jalan Puaka

https://s.shopee.com.my/7zuWBaL0eW - Istana Syaitan

https://s.shopee.com.my/2LG9RE1Mvl - Cicada

Jack Lester

08 Oct, 10:20


Freak Off Party: Pesta Jijik P. Diddy?

Menurut laporan media, Freak Off Party berlangsung selama beberapa hari di mana para tetamu terlibat dengan aktiviti seksual yang ekstrem, penggunaan dadah dan juga alkohol.

https://www.jacklester33.com/2024/10/freak-off-party-pesta-jijik-p-diddy.html?m=1

Support juga dengan membeli apa-apa barang shopee di sini :
https://s.shopee.com.my/10kkYEqgWX

Jack Lester

08 Oct, 05:19


Kisah bermula sekitar jam 2 pagi 8 Ogos 2024, Moumita telah memasuki sebuah bilik seminar di hospital tempatnya bertugas itu untuk berehat selepas menjalani syif kerja yang panjang selama 36 jam. Namun apa yang berlaku sesudah itu yakni pada hari keesokannya, Moumita telah ditemui mati di dalam bilik seminar tersebut. Keadaan fizikal mayat Moumita menunjukkan beberapa kesan kecederaan teruk dengan dia dipercayai dirogol sebelum dibunuh dengan kejam.

https://www.jacklester33.com/2024/10/han-kejam-moumita-debnath.html?m=1

Support juga dengan membeli apa-apa barang di Shopee melalui pautan ini :
https://s.shopee.com.my/5ppzySonD6

Jack Lester

02 Oct, 11:01


Assalamualaikum dan selamat petang. Akaun Facebook saya kena restriction, jadi jemput follow akaun back up saya di sini :

https://www.facebook.com/profile.php?id=100079190199219&mibextid=ZbWKwL

Jack Lester

27 Sep, 10:56


Novel Perempuan Busana Merah, sebuah karya novelis hebat tanah air iaitu Ramlee Awang Murshid. Novel ini sesuai untuk semua pembaca lapisan umur yang baru saja mengikuti Ramlee Awang Murshid kerana jalan penceritaan yang tidak berat.

Apa yang pasti dalam novel ini adalah unsur thriller, seram dan plot twist yang luar biasa. Perempuan Busana Merah mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Mukmin yang bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah agam Kundasang, Sabah. Dijadikan cerita yakni pada satu hari, Mukmin telah ternampak seorang wanita berpakaian serba merah yang tidak boleh dengan mata kasar orang lain. Wanita yang mendakwa telah terperangkap di dalam rumah tersebut kemudian meminta Mukmin supaya membantunya untuk keluar dari rumah itu, satu tindakan yang membawa bencana lebih besar.

Beli di sini :

https://s.shopee.com.my/9A6Ala8O03

Jack Lester

16 Sep, 12:54


Talk to Me (2022)

Mengisahkan tentang Mia yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibunya. Dia serta beberapa orang lagi rakannya yang lain kemudian telah terjebak dalam satu permainan berkomunikasi dengan roh menggunakan satu potongan tangan misteri. Roh yang diseru akan memasuki tubuh mereka akan tetapi tidak boleh dibiarkan lebih daripada 90 saat. Jika lebih daripada waktu tersebut, sesuatu yang buruk akan berlaku dan perkara inilah yang mencetus konflik awal dalam filem ini. "Talk to Me..." "I let you in..." Itulah antara frasa yang mesti disebut untuk menyeru roh sewaktu permainan tangan misteri tersebut.

Filem yang mencecah kutipan sebanyak $92 juta di seluruh dunia ini telah mendapat rating sebanyak 7.1 di laman IMDb dan 94% untuk Laman Rotten Tomatoes. Talk to Me dilaporkan akan mempunyai sekuel. Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi sama ada tentang plot, pelakon mahupun tarikh tayangan berkenaan dengan perkara ini.

***


https://s.shopee.com.my/3L85eJCCWJ

Jack Lester

14 Sep, 13:51


Javier Botet adalah seorang pelakon kelahiran Sepanyol yang selalu melakonkan watak sebagai hantu atau makhluk aneh dalam filem seram. Dia yang dilahirkan pada tahun 1977 mempunyai ketinggian setinggi 2.01 meter dan berat badan hanya sebanyak 56 kilogram. Keadaan fizikal Javier Botet ini adalah disebabkan sindrom Marfan yang dimiliknya.

Antara filem seram yang pernah dibintangi oleh Javier Botet ini adalah seperti Crimson Peak (2015), The Conjuring 2 (2016), It (2017), Alien: Covenant (2017), The Mummy (2017), Slender Man (2018 ), Insidious: The Last Key (2018), Scary Stories to Tell in the Dark (2019), The Last Voyage of the Demeter (2023).

Seperkara harus diketahui yakni di sebalik karakternya yang seram dalam filem, Javier Botet dikatakan sebagai seorang peramah dan tidak sombong sama ada ketika berada atau di luar set penggambaran.

*

Macam biasa, support saya dengan membeli apa-apa barang di Shopee melalui pautan berikut 😊 :
https://s.shopee.com.my/3q49T2OyKy

Jack Lester

14 Sep, 03:14


Pada 11 Oktober 2012, seorang lelaki berusia 62 tahun bernama Jose Melena yang juga merupakan pekerja Bumble Bee Foods di Santa Fe Springs, California sedang melakukan penyelenggaraan di dalam oven besar bersaiz 35 kaki yang digunakan untuk mensterilkan tin-tin berisi ikan tuna.

Apa yang berlaku sesudah itu, salah seorang rakan sekerja Jose kemudian telah menghidupkan oven tersebut dengan suhu yang mencecah 270 darjah celcius. Dia berbuat sedemikian kerana beranggapan Jose sedang berehat dan tidak berada di dalam oven tersebut.

Menyedihkan mayat Jose hanya ditemui pada dua jam selepas waktu kejadian. Susulan kematian Jose, Bumble Bee Foods telah didenda hampir $74,000 dan didakwa atas 6 pertuduhan pelanggaran keselamatan. Selain itu, keluarga Jose juga telah menerima wang pampasan daripada Bumble Bee Foods yang berjumlah $1.5 juta.

*********

Macam biasa, support saya dengan membeli apa-apa barang di Shopee melalui pautan berikut 😊 :
https://s.shopee.com.my/3q49T2OyKy

Jack Lester

11 Sep, 01:41


Watak The Offspring dalan filem terbaru Alien iaitu "Alien : Romulus" ini dilakonkan oleh Robert Bobroczkyi yang mempunyai ketinggian setinggi 2.31 meter. Secara ringkasnya, Offspring adalah makhluk hibrid gabungan antara manusia dengan alien.

Ketinggian dan fizikal Bobroczkyi yang kurus menjadi faktor utamanya dipilih oleh pengarah filem Alien : Romulus untuk menjayakan watak sebagai Offspring. Kurangnya pengalaman berlakon Bobroczkyi semenangnya telah menambah elemen seram dalam filem ini.

Sedikit tentang Bobroczkyi, dia yang dilahirkan pada tahun 2000 di Romania ini merupakan bekas seorang pemain bola tampar dan bola keranjang. Sewaktu Bobroczkyi berusia 8 tahun, ketinggiannya semasa itu sudah pun mencecah lebih daripada 1.88 meter. Pada tahun 2016, dia telah berhijrah ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran.

****
Macam biasa, support saya dengan membeli apa-apa barang di Shopee melalui pautan berikut 😊 :

https://s.shopee.com.my/3q49T2OyKy

Jack Lester

08 Sep, 16:16


Flight 224, salah satu cerita dalam filem seram Thailand "4bia" yang mengisahkan tentang seorang pramugari bernama Pim yang terpaksa bertugas pada hari cutinya. Sepanjang tempoh penerbangan tersebut, Pim dilayan dengan begitu kasar oleh Puteri Sophia yang juga merupakan isteri kepada Pangeran Albert. Pim dan Pangeran Albert mempunyai hubungan sulit.

Dijadikan cerita yakni semasa pesawat masih dalam penerbangan, Puteri Sophia telah mengalami reaksi alergik teruk selepas memakan makanan yang dihidangkan kepadanya yang mengandungi udang.

Puteri Sophia kemudian meninggal dunia sebelum Pim diminta menghantar pulang mayat wanita tersebut dengan pesawat yang dinaikinya. Namun apa yang berlaku selepas itu, Pim mula berasa ketakutan kerana mayat Puteri Sophia seolah-olah hidup semula untuk menghantuinya.

***

Korang...boleh support penulisan saya dengan membuat apa-apa jenis pembelian barang di Shopee melalui pautan berikut 😊 :

https://s.shopee.com.my/3q49T2OyKy

Jack Lester

08 Sep, 08:17


Kisah penuh Dylan Redwine yang mati dibunuh oleh bapanya hanya kerana dia menemui gambar jijik bapanya yang memakai bra merah dan memakan najis dari lampin.

https://www.facebook.com/share/p/s4Eg4WEhug7dd4hb/?mibextid=oFDknk

Jack Lester

05 Sep, 13:41


Mohon maaf semua sebab jarang update cerita panjang dekat fb @ blog kebelakangan ni. Agak sibuk & laptop rosak.

Jack Lester

05 Sep, 13:01


Nama remaja berbaju hitam dalam gambar ini adalah Dylan Redwine, 13 tahun. Dia mati akibat dibunuh oleh bapanya iaitu Mark Redwine. Punca pembunuhan tersebut adalah kerana Dylan telah menemui gambar jijik bapanya yang memakai bra merah dan memakan najis dari lampin.

Dylan dilaporkan hilang pada bulan November tahun 2012 sebelum mayatnya ditemui pada tahun berikutnya diikuti dengan penemuan tengkoraknya pada tahun 2015.

Link gambar bapa Dylan : https://www.facebook.com/share/p/EiyZieYNtDJL6JLp/?mibextid=oFDknk