Kalam Tarim 📚

@ilmutarim


Kalam Tarim 📚

18 Oct, 08:07


Selawat selepas Asar hari Jumaat 🩶

“Allahhumma solli ala muhammad abdika wa rasulika annabiyyi ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wasallim taslima”

Kalam Tarim 📚

15 Oct, 04:35


Lelaki yang hebat lahir dari seorang wanita hebat sepertimana yg berlaku kepada ibu Imam Assyafie yg mendidik Imam Syafie menjadi seorang yg dikenali kesolehan dan kealimannya. Semoga kita boleh menjadi ibu yang mendidik anak-anak untuk mengenal agamanya 🤲🏻

Kalam Tarim 📚

06 Sep, 13:03


Teks selawat keatas Nabi Muhammad untuk bulan Rabiulawwal 1446H dari Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz dan tulisan tangan oleh Habib Umar. Semoga kita boleh mengamalkannya 🤲🏻

Kalam Tarim 📚

18 Jul, 01:12


Bagaimana kita dengan Al-Quran?

Dahulu zaman para sahabat, mereka sangat suka membaca Al-Quran, sehinggakan apabila mereka membaca tidak sedar bahawa malam telah berganti siang dan siang berganti malam kerana khusyuknya mereka. Mereka mencintai Al-Quran sehinggakan apabila disebutkan tentang azab atau peringatan mereka akan menangis teresak-esak bahkan ada yg terjatuh pengsan tidak sedarkan diri.

Tahukah kamu Sayyidina Uthman? Yang mati syahid ketika sedang membaca Al-Quran sehingga darahnya tepercik di Al-Quran. Ahhh tidak lain dan tidak bukan kerana hidupnya dihabiskan dengan membaca Al-Quran.

Dimana perginya kita? Dizaman ini ketika disebutkan tentang azab masih saja kita gelak ketawa seakan-akan tidak merasa takut dgn peringatan dan azab Allah. Jauhnya kita dengan Al-Quran sehingga untuk membacanya sehari sekali sangat berat sekali. 😢

Ya Allah rezekikan kami untuk mencintai Al-Quran, mengamalkan apa yg ada didalamnya dan istiqomah untuk membacanya 🤲🏻

✍🏻 Kalam Tarim

Kalam Tarim 📚

14 Jul, 17:46


العلّامة المُربي الحبيب عمر بن حفيظ حفظه الله تعالى

ويوم عاشوراء صامه عليه الصلاة والسلام وأمر بصيامه وقال ( صيامُ يوم عاشوراء إنّي أحتسب على الله أن يُكفر ذنوب العام الذي قبله ) وقال ( من وسّع على عياله في يوم عاشوراء وسّع الله عليه في طول سنته ).

Berkata Sayyidil Habib Umar Ben Hafidz

Hari Asyura adalah hari baginda Nabi Muhammad berpuasa dan baginda memerintahkan kita untuk berpuasa. Rasulullah saw bersabda “Dan berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang sebelumnya”
Rasulullah bersabda “
Sesiapa yang membelanjakan ahli keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memperluaskan (rezeki) baginya sepanjang tahun itu.

Kalam Tarim 📚

14 Jul, 17:36


https://www.instagram.com/p/C9aUPkDSQXu/?igsh=MWN4dGpxc3VjOW5tMQ==

Kalam Tarim 📚

05 May, 16:58


KUNCI RUMAH TANGGA :
" Jika sesebuah rumah tangga ada permasalahan antara suami dan isteri hendaklah ia sembunyikan di dalam rumah sahaja, maksud disini di dalam bilik sahaja . Agar tidak diketahui oleh anak-anak atau yang lainnya.

Kerana apabila keluar masalah suami isteri ini daripada bilik tidur , maka akan terjadi permasalahan lebih besar , dua pihak akan menunjukkan keegoaan masing-masing dan pergaulan antara anak dan sebagainya.

Apabila sudah sampai tahap ini syaitan akan bertambah kerjanya , dia akan mengeluarkan satu tiupan api yang memanaskan lagi keadaan yang membuat pasangan tadi bertambah kemarahan
dan lebih porak peranda lagi rumah mereka .

Jadi jika ada salah faham antara suami isteri hendaklah suami itu meninggalkan isterinya didalam bilik sahaja. Jika suami isteri tidak bertegur sapa biar habis dalam bilik sahaja jangan dibawa keluar dari bilik, dan keluar dari bilik tidur dalam keadaan biasa seperti tiada apa-apa masalah .

Kerna jika suami & isteri mula sahaja membawa keluar masalah mereka dari bilik tidur , maka akan diketahui orang luar dan tersebarlah masalah / aib-aibnya diluar. "

🍃Habib Kadzim Bin Jaafar Assegaf 🍃
Majlis Muslimat | Fitnah Akhir Zaman : Peranan Muslimah | 04/05/2024 | Tawfiq Sg Penchala

#catatanahliarizuan

Kalam Tarim 📚

11 Mar, 09:58


Ada yang tanya, “kalau perempuan yg uzur bagaimana keadaannya di Bulan Ramadan?”

Wanita yg dalam keadaan Haid dan Nifas tidak boleh solat dan membaca Al-Quran akan tetapi tidak akan mengurangkan pahalanya di Bulan Ramadan kerana ia mengikut perintah dari Allah (Iaitu wanita haid dan nifas tidak boleh berpuasa)

Maka kata Sayyidil Habib Umar “wanita yg dalam keuzuran boleh untuknya berzikir dengan zikir khas bulan Ramadan , dengan pelbagai istighfar, mendoakan sesama muslim, berselawat, perbanyakan menyebut “lailaha illallah” dan menyediakan makanan bagi orang yg berpuasa di rumah atau orang luar yg berpuasa (siapa yg memberi makan org yg berpuasa maka dia juga akan mendapatkan pahala orang yg berpuasa tersebut)

✍🏻 Al-Faqirah FK 🦋

Kalam Tarim 📚

05 Jan, 12:19


Pada hari kedua menjelang waktu berbuka datang pula orang faqir miskin. Dan mereka juga memberi makanan untuk berbuka kepada orang faqir itu.

Pada hari ketiga menjelang waktu berbuka juga,datang anak yatim. Dan begitulah juga,diberikan makanan mereka kepada anak yatim itu.

Maka berpuasalah Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنه dan suaminya Saidina Ali رضي الله عنه
dengan air sahaja sepanjang 3 hari tersebut. Dan Allah Ta'ala memuji keduanya di dalam Al Qur'an.

🌹 Al Hilim atau Halim iaitu orang yang tidak mudah marah,sabar dan bersifat tenang. Sifat ini apabila dicela,dimaki tidak mudah marah dan tidak gembira jika ada yang memuji.

Ada seorang lelaki yang kencing didalam masjid,dan Baginda ﷺ mengarahkan agar sahabat رضي الله عنهم tidak memarahi lelaki itu. Jika sahabat memarahinya, nescaya lelaki tersebut akan terkejut dan berlari yang akan menyebabkan air kencingnya bertaburan pada sekitar masjid. Jika air kencingnya terhenti akibat terkejut,ia juga tidak baik untuk kesihatannya.

Oleh itu Baginda ﷺ sabar dalam mengajarkan dan menasihati lelaki itu agar tidak kencing di dalam masjid.

🌷 Tausiyah Hubabah Zein Al Juneid, 'Kenali Sayyidah Fatimah Az Zahra' pada majlis Maulid Adhiya Ulami di Kuching, Sarawak.

✍🏻 Penulisan Mun Azil
Barakallahhu fiha 🤲🏻

Kalam Tarim 📚

05 Jan, 12:19


💎 Kalam Mutiara Hubabah Ummu Zein Al-Junied
📍Rehlah Dakwah Kuching Sarawak
🗓️ 3 Januari 2024

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

🌹Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنه adalah bidadari di dalam bentuk manusia yang Allah Ta'ala kirimkan. Wanita yang mubarakah atau berkah.

Wanita yang berkah adalah yang sedikit maharnya. Jika ada lelaki yang ingin meminang terimalah, yang penting calon suami adalah dari golongan yang baik.

Terima lamaran walaupun miskin, yang utama adalah ada agama dan memiliki amanah. Seseorang yang memiliki agama dan amanah apabila berkahwin, mesti akan dilayan dengan baik pasangannya walaupun dia suka ataupun tidak.

Maka terimalah calon sedemikian dan jangan lihat pada pangkat dan sebagainya. Ajarilah anak menjadi seorang yang berkah.

Diceritakan seorang Habib menziarahi kubur,dan sehelai rambutnya gugur dan jatuh pada satu kubur,dan kerana keberkahan Habib itu maka terangkat azab kubur itu sabab rambut.

🌹 Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنه juga digelar Zakiyyah yakni yang suci akal dari pemikiran yang kotor.

🌹 Al Batul yakni yang berterusan beribadah yang senangtiasa mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.

🌹 Ummu Abiha,bermaksud ibu kepada ayahnya. Kerana kasih sayang daripada Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنه kepada Baginda ﷺ dan Baginda ﷺ dapat merasakan kasih sayang itu seperti kasih sayang ibunya.

--------------------------------------------------------

Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنه belajar secara langsung dari Baginda ﷺ tentang kejujuran,amanah dan menjaga maruah diri.

🌹Afifah adalah satu gelaran iaitu yang sangat menjaga kehormatan,contohnya tidak mahu meminta-minta dari orang lain,sehingga mereka menyangka Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنه adalah orang kaya.

🌹 Menjaga kemaluan dari perkara-perkara yang buruk. Siapa yang jaga dari 2 rahangnya yakni lidah dan 2 antara pehanya yakni maksiat maka selamat dari api neraka.

🌹 Belajar hikmah,sesuatu yang hilang dari orang beriman,kalau dapat hikmah dimana-mana maka boleh diambil.

🌹 Belajar rasa kasih sayang,kasihan dan prihatin pada orang lain. Dan Baginda ﷺ mengkhususkan prihatinnya pada Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنه kerana anak yang paling kecil dan anak perempuan.
Kerana perempuan kebiasaan duduk dirumah tidak keluar,dan Baginda ﷺ membeli sesuatu untuk anak perempuannya. Berbanding anak lelaki yang boleh keluar rumah membeli sesuatu.

🌹 Rasa tawadhu' yakni merendah diri. Jadilah seperti bintang yang menghiasi langit dan menyenangkan orang yang melihatnya. Merendah dirilah kamu terhadap kedua ibu bapamu.

Bukan seperti asap yang mengangkat diri.
Tawadhu' lawannya sombong. Mereka yang bersifat sombong akan dimasyarkan dalam bentuk semut,yang di akhirat nanti akan dipijak.

🌹 Belajar ilmu, ilmu itu cahaya dan jahil itu kegelapan. 2 cabang ilmu iaitu ilmu zohir dan ilmu batin. Setitis ilmu batin diumpamakan seperti selautan ilmu zohir.
Terpadam segala ucapan,apabila yang terima 2 rakaat pada pertengahan malam.

🌹 Kesabaran atau sibir. Sibir bermaksud jadam yang pahit. Sabar itu sangat pahit,yang akhirnya rasa manis. Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنه
belajar dari ayahnya,supaya sabar hidup dalam sangat sederhana,suaminya yang faqir tidak dapat memberi kemewahan dan kesenangan.

Fatimah Az Zahra رضي الله عنه dan suaminya Saidina Ali رضي الله عنه bernazar untuk berpuasa untuk Hassan dan Hussien selama 3 hari.

Saidina Ali رضي الله عنه keluar bekerja dengan orang kafir dan hukum boleh bekerja dengan orang kafir. Dan memperolehi gandum sebagai upah.
Saidina Ali رضي الله عنه membawa pulang gandum dan Sayyidah Fatimah Az Zahra رضي الله عنه menggiling gandum tersebut untuk dibuat roti.

Menjelang mahgrib hari pertama untuk berbuka puasa,datang tawanan perang meminta makanan,dan mereka telah memberikan roti, kepada tawanan perang itu.

Kalam Tarim 📚

15 Dec, 02:21


Wanita2 Madinah yg dgr pesanan Rasulullah ini terus segera menanggalkan barang kemas yg dipakai mereka dan Bilal bin Rabah kumpulkan barang kemas ini dgn menggunakan hujung jubahnya utk menunjukkan begitu bnyknya brg kemas yg telah disedekahkan oleh wanita Ansar.
🪻wanita yg solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, jaga kemaluan & patuh pd suami maka dibukakan kelapan-lapan pintu syurga utk wanita tersebut. 8 pintu ini adalah pintu utama sedangkan pintu2 syurga yg lain ada banyak.
🪻begitu ringkasnya perjalanan wanita utk masuk syurga.
🪻wanita juga perlu semangat utk sampaikan dakwah atau kebaikan kpd org lain, menjadi org yg memberi manfaat kpd org lain.
🪻org yg pertama memberi manfaat kpd agama adalah wanita iaitu Saidatina Khadijah.
🪻berilah menfaat/kebaikan kpd org lain melalui akhlak/amal baik/ucapan kerana ini adalah salah satu jalan dakwah.
🪻Dakwah bukan beri ceramah shj tp penyampaian ilmu boleh dilakukan dgn banyak cara.
🪻Dikisahkan ada seorang wanita yg pekerjaannya adalah angkut air dan kemudian hantar air tersebut dari satu rumah ke satu rumah yg lain. Beliau dikenali sbg Miskinah keranan keadaannya yg sgt kasihan. Angkut air berat2. Kemudian wanita ini meninggal dunia & ada org di kampung tersebut yg bermimpi berjumpa Miskinah. Tapi dlm mimpi tersebut Miskinah pakai 70 jenis perhiasan. Yg bermimpi ni pun panggil “Miskinah, Miskinah”. Tapi Miskinah hanya berjalan penuh megah dan berkata, “Saya bukan Miskinah dah sbb di sini saya dah tak miskin, sy dah jadi org senang”. Org yg bermimpi tu tanya lagi, “kenapa kamu boleh dpt semua keistimewaan ni?”
Miskinah jawab, “Saya suka hantar air dari rumah ke rumah wpun kerja tu berat sebab saya suka dengar ilmu yg disampaikan oleh penghuni dlm rumah2 yg saya hantarkan air itu. Kemudian saya akan amalkan ilmu tersebut dan sampaikan”.
Org bermimpi tanya lagi kpd Miskinah, “kemudian kenapa kamu jalan bermegah-megah?” Miskinah menjawab, “Jalan bermegah di dunia hukumnya haram tapi Khadim di syurga jalannya dengan bermegah-megah” MasyaAllah 🥹
🪻Wanita perlu belajar dan mendalami cara mentarbiah anak dari terjerumus dlm kerosakan.
🪻dulu anak boleh ditarbiyah di mana2 tapi zaman kini keburukan yg berleluasa ada di mana2 terutama di dlm gajet.
🪻peranan ibu zaman kini lebih besar dari ibu zaman dahulu
🪻ibubapa perlu tarbiyah hati sendiri dahulu dengan mengagungkan Allah & Rasulullah dan mengamalkan sunnah Rasulullah.
🪻ibu kena banyak doakan anak2nya kerana doa ibu mustajab spt doanya Nabi utk umatnya.
🪻ibu hendaklah jaga anak dari gajet iaitu menutup keburukan dalam gajet sejak anak dari kecil.
🪻Sesiapa yg berpanas2 di majlis ilmu maka bergembiralah dia kerana tidak perlu berpanas di akhirat 🤍

💚Allahu a’lam 💚
Copy&Paste

Kalam Tarim 📚

15 Dec, 02:21


🌻Hubabah Ummu Ali Al Habsyi🌻
Taman Indah Gemilang, Bt Caves
9/12/2023 @ 10.30 am

‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
🪻Qasidah Burdah yg dikarang oleh Al Imam Al-Bushiri sgt mujarab dibaca bg tujuan syifa’ & memakbulkan hajat.
🪻ketika Imam Al-Bushiri sedang menulis bait “Nabi Muhammad adalah seorang manusia..” tiba2 beliau berhenti menulis. Dan kemudian Nabi Muhammad sendiri menyambung bait syair tersebut dgn mengatakan “baginda adalah sebaik2 manusia yg diciptakan”
🪻telah ditulis dlm Al-Quran manusia diciptakan sbg khalifah. Peranan ini juga turut diberikan kpd Saidatina Hawa’.
🪻Tugas khalifah adalah tunaikan perintah Allah, tinggalkan larangan Allah & ikuti syariat yg dibawa Rasulullah.
🪻Perintah utk beramal soleh adalah utk lelaki & perempuan.
🪻Tambahkan amalan sunnah semampu kita
🪻Allah mengkhususkan keistimewaan utk lelaki dan perempuan. Dan keistimewaan utk wanita tidak mungkin diberi utk lelaki. Begitu juga sebaliknya.
🪻amalan khusus utk lelaki contohnya keluar berperang ke jalan Allah. Perempuan tidak disuruh berperang kecuali utk merawat org yg sakit atau memberi air di medan perang. Kerana perempuan memiliki sifat lembut dan tidak berani spt lelaki.
🪻lelaki juga dikhususkan utk solat Jumaat. Sedangkan wanita solat di dalam rumahnya.
🪻Ada seorang wanita bertanya kpd Rasulullah di mana lebih baik utk wanita solat? Rasulullah berkata wanita yg solatnya di rumah lebih mulia dari dia solat di Masjid Nabi.
🪻saf terbaik bagi lelaki adalah saf pertama dan saf terendah bagi lelaki adalah di saf terakhir. Tapi saf terbaik utk wanita adalah di saf wanita yg terakhir. Ini kerana wanita telah dimuliakan dan dibiarkan jauh dari lelaki.
🪻Rasulullah mewajibkan wanita menutup & menyembunyikan perhiasan mereka dari lelaki. Sehinggakan Rasulullah berkata jika wanita pakai wangian di waktu Maghrib di masjid, jgnlah dia kekal utk solat Isyak bagi mengelakkan bau wangiannya melekat di dlm masjid.
🪻Wanita janganlah pakai wangian atau terbuka perhiasannya bagi mengelakkan dicatatkan sebagai dosa penzina. Nauzubillahi min dzalik.
🪻Menurut Saidatina Aisyah, wanita Ansar adalah wanita terbaik kerana mereka bersegera melaksanakan perintah Allah. Apabila turun perintah dari Allah utk menutup aurat, mereka terus esoknya menutup keseluruhan tubuh mereka sehingga tidak dapat dibezakan bhg depan dgn bhg belakang badan mereka.
🪻Rasulullah bertanya kpd para sahabat. Apakah yg terbaik utk seorang wanita? Semua sahabat cuba beri jawapan tapi semuanya salah. Saidina Ali pulang ke rumah dan Saidatina Fatimah bertanya suaminya apa yg diajarkan Rasulullah pd hari tersebut. Saidina Ali kemudian bercerita ttg soalan Rasulullah dan Saidatina Fatimah meminta izin utk berjumpa Rasulullah bagi menjawab soalan Rasulullah.
🪻Saidatina Fatimah menjawab, yang terbaik utk perempuan solehah adalah dia tidak melihat lelaki dan dia tidak dilihat lelaki.
🪻Rasulullah amat gembira dgn jawapan Saidatina Fatimah dan mengucup di antara kedua mata Saidatina Fatimah. Habib Umar sehingga mengatakan jawapan Saidatina Fatimah ini merupakan fatwa dari Saidatina Fatimah yg telah dicop ke atas fatwa tersebut dgn kucupan Rasulullah 🤍
🪻wanita dlm Islam hendaklah sentiasa tertutup dan mempunyai sifat malu yg tinggi.
🪻wanita hendaklah jadi ibu yg baik utk anak2nya kerana ibu adalah madrasah utk anak, merupakan ikutan dan rujukan pertama utk anak2.
🪻wanita perlu merasakan peranan ini adalah mulia kerana Allah sendiri yg berikan peranan ini.
🪻bagi wanita bekerja, tiada halangan utk mereka bekerja tapi mereka perlu kuatkan asas 2 peranan wanita iaitu,
1. Menutup perhiasannya/ aurat
2. Menjadi ibu / isteri yg solehah di rumah
🪻Rasulullah turut buat kelas khas bersama sahabat2 dlm kalangan wanita.
🪻Dalam satu kelas bersama sahabat wanita di Madinah, Rasulullah berkata wanita banyak masuk neraka kerana mereka banyak melaknat, mencaci, mudah berkata buruk kpd suami ketika mereka marah. Rasulullah berpesan kpd wanita utk bnyk bersedekah.

Kalam Tarim 📚

07 Dec, 12:39


Jazallahu ‘anna sayyidana muhammadan shallallahu a’laihi wa sallama ma huwa ahluh

جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ

Ertinya: “Semoga ALLAH memberikan balasan kebaikan kepada pemimpin kita Nabi Muhammad SAW atas jasa-jasa Baginda kepada kita dengan balasan yang selayaknya Baginda terima.”

“Barangsiapa membaca Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan Sollallahu Alaihi Wa Sallam Ma huwa Ahluhu, 70 Malaikat “penat” tulis ganjaran untuknya selama 1000 hari”

Kalam Tarim 📚

18 Oct, 05:46


انتقل الى رحمةالله تعالى
الحبيب احمدبن عبدالقادربن عبدالمولى بن طاهر

Telah pulang ke Rahmatullah Al-Habib Ahmad Bin Abdul Qodir Bin Abdul Maula Bin Tohir

Tarim, Hadhramaut. Al-Fatihah 🤲🏻😢

Kalam Tarim 📚

24 Sep, 03:39


Berkata Sayyidil Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz

إن قلوب المؤمنين تهتز شوقا إذا ذُكر النبي وهو القائل « البخيلُ من ذُكرت عنده فلم
يصل علي »

Hati orang mu’min itu akan bergetar kerinduan apabila disebutkan nama Nabi ﷺ dan Baginda bersabda
“Orang yang bakhil adalah orang yang apabila disebutkan namaku, maka dia tidak berselawat ke atasku.”

Kalam Tarim 📚

14 Sep, 08:41


Ummu Salamah terminum air takungan kencing Rasulullah dalam bejana tanpa sengaja waktu malam kerana dia terlalu haus. Namun ternyata perut Ummu Salamah tidak sakit2 lagi selepas itu.

🌹Orang yg pertama syahid di jalan Allah adalah wanita iaitu Sumayyah.
🌹Orang yg pertama beriman kpd Allah adalah wanita iaitu Saidatina Khadijah
🌹1/2 dari ilmu agama diambil dari wanita iaitu Saidatina Aisyah.

🌹Saidatina Aisyah
-ambillah separuh dari ilmu agama dari Saidatina Aisyah.
-Saidatina Aisyah gemar duduk bersama Rasulullah dan mereka saling berbincang tentang ilmu cthnya peristiwa di Mahsyar.
-saidatina Aisyah pernah meminta izin utk duduk mendengar perbincangan Rasulullah dgn seorang sahabat baginda yg buta kerana Saidatina Aisyah mempunyai sifat ingin tahu yg tinggi dan hendak mencatat ilmu yg dibincangkan.
-Tapi Rasulullah tetap suruh Saidatina Aisyah masuk ke bilik agar dia tidak dilihat kerana Saidatina Aisyah boleh melihat muslimin tersebut. Sebegitu wanita ini harus malu hatta pd lelaki yg buta.
-rasa malu adalah separuh dari agama seiring dgn iman.
-Selepas Rasulullah wafat, Saidatina Aisyah membuat satu masa khusus utk perbincangan ilmu dgn sahabat Rasulullah dan mereka boleh bertanya soalan kpd Saidina Aisyah ketika itu. Saidatina Aisyah buatkan kain yg memisahkan mihrabnya dgn tempat sahabat duduk agar tidak dilihat muslimin dan beliau berpesan tanyalah apa shj kepada beliau kerana beliau adalah ibu kepada semua muslimin muslimat.
-Setiap kali saidatina Aisyah membuat perbincangam ilmu dgn sahabat, beliau akan menangis kerana mengenangkan perbincangan ilmu yg pernah beliau adakan dgn Rasulullah semasa baginda hidup.
-Selepas Rasulullah wafat, kadang2 sahabat akan terdengar tangisan Saidatina Aisyah yg kuat apabila melalui rumah beliau. Sahabat bertanya kpd beliau mengapa beliau nangis dgn teruk sekali. Saidatina Aisyah menangis kerana mengenangkan perbincangan ilmunya dgn Rasulullah ttg bagaimana kehidupannya di kubur nanti, keluasan titian sirat, dahsyatnya kehidupan di mahsyar, apabila dia tidak akan dikenali oleh sesiapa di mahsyar. Perkara yg pernah dibualkan oleh saiditina Aisyah dgn Rasulullah ini menyebabkan beliau nangis dengan teruk.
Cuba renungkan, apakah perbualan atau perbincangan terakhir kita dgn org lain?

🌻Sebelum Penutup Majlis

🌱Bagi muslimat yg tidak mempunyai guru/murobbi, maka banyakkanlah selawat. Selawat ini yg akan menjadi murobbimu.

🌱Hubabah mengajak semua jemaah membuka penutup air dan mengikutnya
membaca doa berikut pada air masing2.

‎ يا ماء ماء الزمزم، يقرئك السلام ويقول لك لا تضرني
بسم الله يا شافي يا معافي


Ya Ma' , Ma' Zam - Zam Yuqriukas salam, wa yaqul laki, la tadhurruni,

Wahai air, air zam - zam memberi salam kepadamu, & di katakan kepadamu ; jangan mudaratkan saya, orang yang minum air ini..

🌱Hubabah berpesan utk baca surah al-fatihah 3x kerana pahalanya seakan-akan khatam Al-Quran. Hubabah berdoa semua mendapat pahala khatam Al-Quran sebelum majlis berakhir.

🌱Hubabah menghabiskan tausiyah jam 2.04 pm dan hubabah mengingatkan di antara waktu zuhur sehingga asar pada hari Rabu adalah waktu mustajabnya doa.

🌱Hubabah meminta izin tidak dapat bersalaman dgn semua muslimat kerana terlalu ramai. Tapi hubabah sgt bermurah hati mendoakan semua jemaah yg hadir dapat bersama2 dengannya bersalaman dgn Saidatina Fatimah kelak di akhirat 💚

Wallahua’lam 💐