"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"[Al-Jāthiyah: 23].
4.Orang yang mengatakan bahawa "Tidak Ada Tuhan Selain Allah" tidak menjadikan Syaitan sebagai tuhannya. Maksudnya orang yang "bertuhankan syaitan" sentiasa mengikut kehendak syaitan melakukan pelbagai kejahatan kepada Allah dan kepada sesama manusia.
Kata Junaid al-Baghdadi RHM : “Apabila syaitan mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu, tetapi kamu melawannya, dia akan mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula. Ini kerana semua pelanggaran ajaran Allah SWT itu sama sahaja baginya. Dia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja. Dan dia tidak mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara dan tidak yang lainnya.”. Oleh sebab seolah Syaitan sebagai Tuhannya, maka dia langsung lupa adanya Allah sebagai Tuhan hakiki kepada semua makhlukNya.
Allah SWT berfirman,
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata" .[Al-Baqarah: 208].
5.Akhirnya kalimah tahlil ini juga menegaskan mengenai tidak menyengutukan Allah. (sama ada dengan perkataan dan perbuatan).Mengatakan bahawa orang tertentu yang membawa rezeki kepada seseorang adalah syirik kepada Allah. Mengatakan bahawa hukum hakam ciptaan manusia adalah terbaik juga adalah menyengutukan Allah. Sifat riak, sum'ah dan ujub juga adalah syirik kepada Allah. Melakukan kebaikan atau amal soleh untuk dipuji juga adalah syirik kecil yang juga bertentangan dengan kalimah tahlil "Tiada Tuhan Selain Allah" kerana mengharap pujian manusia. Justeru dalam hal ibadah Allah SWT menegaskan dengan firmanNya,
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا
Katakanlah (wahai Muhamad) "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".[Al-Kahf: 110]
Tazkirah Subuh.
UMY
16hb.Rabiul Awwal 1446H