GRAFIKUYA : Grafik4GuruπŸ€“πŸ’»

@grafikuya


Laman perkongsian info, grafik, tutorial, tips khusus untuk para guru. Designed by @KuyaKreatif #plannercikgu @plannerprofesional

GRAFIKUYA : Grafik4GuruπŸ€“πŸ’»

10 Oct, 01:37


https://youtu.be/USHukEQXo_M

GRAFIKUYA : Grafik4GuruπŸ€“πŸ’»

10 Oct, 01:36


MAAFKAN SAYA YE πŸ™β˜ΊοΈ
.

Sedar tak sedar dah sebulan saya tak update memandangkan kesihatan on off, anak-anak pun sama, keluar masuk hospital klinik dan kesibukan hakiki sebagai seorang guru dan ibu. Tapi inbox fb dan shopee saya dihujani dengan pertanyaan tentang #plannercikgu . SubhanaLlah tiap tahun pelanggan setia, kalau lambat sikit mesti mereka akan tertanya-tanya tak sabar katanya 😁 bukan cikgu je. mak ayah pun sama nak hadiahkan kat cikgu2. Allahu tengok komen.
.

Maafkan saya lewat sikit tahun ni. Tapi saya janji pasti akan terbit, saya berjaga malam demi memenuhi permintaan anda semua... berita baiknya, #PlannerCikgu dah masuk cetak inshaAllah 10,000 unit untuk batch 01. Dan lagi bestnya, dah lengkap dengan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 dan cuti umum 2025, complete ! Wow amazing πŸ₯° Ada hikmahnya lewat sikit cetak sempat selit takwim terkini. TQ kerajaan keluarkan awal takwim sekolah. Gambar bawah ni sampel je tau, yang real punya lagi lawa siap GOLD stamping merelip-relip 🌟🌟🌟
.

So, dalam masa terdekat kita akan buka untuk tempahan dan buka juga untuk sesiapa nak jadi ejen. Jika taknak terlepas, boleh follow kami channel telegram. Jangan macam tahun lepas, dah licin baru nak beli, tahun lepas yang defect item rosak pun orang berebut, bulan 2 dah licin semua stok. Allahu... Terima kasih semua 6 tahun dah support #KuyaKreatif  😍 #cikgukuya

FOLLOW KAMI DI SINI
βœ… t.me/kuyakreatif

GRAFIKUYA : Grafik4GuruπŸ€“πŸ’»

27 Aug, 12:45


HATI-HATI MEMILIH GRAFIK BENDERA MALAYSIA!

Petang tadi sewaktu saya memandu pulang dari sekolah, saya melihat satu super size LED billboard. Tertera poster MERDEKA MADANI gabungan daripada 3 syarikat besar bergabung dalam 1 poster.

Namun mata seorang pereka grafik #kuyakreatif #grafikuya yang pernah melakukan kesalahan yang sama, saya melihat kesalahan pada bendera Malaysia yang digunakan. Bendera Malaysia mempunyai 14 Jalur namun sering terjadi apabila mengambil sumber grafik percuma seperti freepik atau shutterstock dan seumpama , bendera Malaysia hanya 13 jalur!

Punya lah besar billboard LED tu berpinau mata orang kat traffic light, tapi bendera Malaysia salah! Tambahan pula syarikat besar sepatutnya lebih berhati-hati dalam pemilihan grafik. Saya terus hubungi talian mereka dan memaklumkan untuk menurunkan poster tersebut sebelum dijadikan isu. Harapnya sampai kepada pihak pengurusan.

Maka suka saya ingatkan diri saya dan guru-guru khususnya agar lebih teliti lebih-lebih lagi melibatkan isu-isu sensitif. Kita tidak mahu kesilapan seperti tersilap meletakkan imej tentera negara lain dijadikan isu panas pula.

Boleh muat turun panduan penggunaan Jalur Gemilang di sini

GRAFIKUYA : Grafik4GuruπŸ€“πŸ’»

20 Aug, 00:14


*PERHATIAN & TINDAKAN*

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.

Dalam kita sedang menyambut bulan kemerdekaan sehingga Hari Malaysia, diingatkan kepada semua untuk mematuhi cara penggunaan imej Jalur Gemilang dalam mana-mana poster atau bahan cetakan media serta mengambil perhatian cara bendera digantung dan dikibarkan terutamanya pada mana-mana program yang akan diadakan

Terima kasih.

*UKK KPM*

GRAFIKUYA : Grafik4GuruπŸ€“πŸ’»

16 Aug, 04:08


Alhamdulillah rezeki 😊

KIRA DI SINI
https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php

GRAFIKUYA : Grafik4GuruπŸ€“πŸ’»

16 Aug, 04:06


SLAID PELARASAN GAJI PENJAWAT AWAM 2024

GRAFIKUYA : Grafik4GuruπŸ€“πŸ’»

05 Aug, 08:42


πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯ Penjawat awam boleh kira kadar gaji baharu minggu depan⚑️⚑️⚑️

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/08/1119109/sspa-penjawat-awam-boleh-kira-kadar-gaji-baharu-minggu-depan

GRAFIKUYA : Grafik4GuruπŸ€“πŸ’»

01 Aug, 09:59


BIASISWA MYBRAIN2.0

yang layak boleh memohon

https://www.facebook.com/share/p/rU8noV9A13tBcyxg/?mibextid=xfxF2i

4,927

subscribers

260

photos

23

videos