Buletin Info Semasa

@buletininfosemasa


Membaca surat khabar secara Online dan info semasa terkini bacaan terdiri paper risalah dll dalam format pdf atau lain-lain keutamaan kepada bahasa Bahasa Melayu.

Buletin Info Semasa

22 Oct, 14:08


Hati² dijalanraya..
Nak gelak ke nak kesian..

Buletin Info Semasa

22 Oct, 14:00


Wanita 'naik hantu' pecahkan cermin, kereta ditarik 8 bulan tak bayar ansuran

Oleh HAMIZAH GUNAWAN

Selasa, 22 Okt 20249:35 PM MYT

SEORANG wanita bertindak di luar kawalan dengan memecahkan cermin dan merosakkan kereta miliknya ketika mahu diambil oleh penarik kenderaan berdaftar baru-baru ini.

Menerusi video tular di Facebook sejak Selasa, wanita tersebut bersama beberapa individu mengetuk cermin hadapan kenderaan itu menggunakan batu berkali-kali.

Difahamkan, kereta tersebut ditarik kerana pemiliknya gagal membayar hutang secara ansuran selama lapan bulan.

Perbuatan menghancurkan kereta itu juga dikatakan sebagai cara melepaskan kemarahan kepada pihak terbabit.

"Lepas tu pecahkan cermin, ketuk cermin kereta sebelum kereta ditarik. Pemiutang lelong kereta, bayar hutang tertunggak.

"Baki hutang, penghutang masih perlu selesaikan. Saya betul-betul kagum dengan pemikiran segelintir manusia seperti ini. Macam mana mereka boleh berfikir tanpa menggunakan otak ya," tulis individu yang memuat naik video terbabit, Rasis Jalil.

Belum ada kenyataan polis berhubung insiden itu setakat ini. — Majoriti

#majoriti

Buletin Info Semasa

22 Oct, 13:50


Lelaki Warga Pakistan Maut Semasa Dapatkan Rawatan Dalam Klinik..

Seorang lelaki warga Pakistan maut ketika menerima rawatan akibat ditikam menggunakan senjata tajam di bahagian dada di sebuah klinik swasta di Jalan Dato Keramat, Georgetown malam tadi.

Update : Tujuh lelaki dan seorang wanita ditahan hari ini, bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki warga Pakistan yang ditikam menggunakan pemutar skru di sebuah kedai buah di Pulau Tikus.

🎥: Malaysia Gazette / Malinda Malik

Buletin Info Semasa

22 Oct, 13:49


Mayat dua lelaki tempatan yang masing-masing dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang dalam dua kejadian berasingan ditemui selang tempoh kurang dua jam, petang semalam.

Kejadian pertama melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai terjatuh dari Kilometer 7.4 jambatan berkenaan dari pulau menghala kepada Perai, Sabtu lalu.

Kejadian Kedua, seorang lelaki berusia 40-an dilaporkan terjatuh di KM 6.5 dari Perai menghala ke George Town kira-kira pukul 4.57 petang semalam. - Kosmo

Buletin Info Semasa

22 Oct, 13:43


Bagaimanapun, Mohamad Nor Hakimi memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dan orang awam agar tidak mengulangi kesalahan sama.

Sebelum ini UtusanTV melaporkan pihak polis membuka dua kertas siasatan berhubung kejadian seorang wanita berniqab menyerang pelanggan sebuah stesen minyak menggunakan sebatang buluh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, ketika kejadian tertuduh telah datang ke stesen minyak tersebut dengan memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan meletakkan kenderannya di belakang kenderaan pelanggan lain sehingga menyebabkan pemilik kenderaan tidak boleh keluar.

#UtusanTV

Buletin Info Semasa

22 Oct, 13:41


Wanita berniqab enggan alih kenderaan di stesen minyak didenda RM5,500

Oleh Auzaee Athallah -October 22, 2024

Suri rumah, Elyna Muhamad, 42, yang tular selepas melakukan kekecohan di sebuah stesen minyak didenda berjumlah RM5,5000 oleh Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan ugutan jenayah, berkelakuan aib di tempat awam dan berkelakuan tidak senonoh di sebuah balai polis pada 17 Oktober dan 19 Oktober lalu. GAMBAR: Auzaee Athallah

WANITA yang sebelum ini tular di media sosial selepas melakukan kekecohan di sebuah stesen minyak didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Sungai Besar hari ini.

Dia dituduh melakukan ugutan jenayah, berkelakuan aib di tempat awam dan berkelakuan tidak senonoh di sebuah balai polis pada 17 Oktober dan 19 Oktober lalu.

Majistret Siti Hajar Ali memutuskan demikian selepas tertuduh, Elyna Muhamad, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu.

Sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan, Elyna yang juga seorang suri rumah boleh dipenjarakan selama enam bulan.

Sementara itu, bagi pertuduhan berkelakuan aib di tempat awam, tertuduh didenda RM100 dan diarahkan penjara sehari sekiranya gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dia didenda RM400 dan jika gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara dua minggu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap seorang penyelia stesen minyak yang berusia 24 tahun dan berkelakuan aib di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk menganggu ketenteraman.

Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah setesen minyak di Pusat Perdagangan Hillpark di Puncak Alam, dekat Kuala Selangor sekitar jam 7.50 petang pada 17 Oktober 2024.

Pertuduhan mendatangkan kegentaran awam dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan berkelakuan aib ditempat awam dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkkan hukuman denda maksimum RM100, sekiranya disabitkan bersalah.

Mengikut pertuduhan ketiga, Elyna turut didakwa berkelakuan tidak senonoh di dalam Balai Polis Saujana Utama sekitar jam 1.45 pagi pada 19 Oktober lepas, mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sejurus tertuduh membuat pengakuan itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin memohon agar mahkamah mengarahkan wanita itu menjalani penilaian kesihatan mental di hospital atas alasan terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Majistret Siti Hajar kemudian terus bertanyakan kepada tertuduh beberapa soalan antaranya nama penuhnya, nombor kad pendaftaran dan alamat tempat tinggal, yang mana tertuduh mampu menjawab soalan-soalan itu dengan baik.

Susulan itu, peguam Shah Wira Abdul Halim yang mewakili tertuduh membantah permohonan pihak pendakwaan itu memandangkan tertuduh dalam keadaan baik dan waras untuk memberikan penjelasan yang dituntut oleh mahkamah.

“Pihak mahkamah telah mengemukakan beberapa soalan dan pertanyaan kepada tertuduh dan anak guam boleh mengingati jawapan-jawapan kepada soalan oleh pihak mahkamah,” ujarnya.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Siti Hajar menolak permohonan pihak pendakwaan tersebut.

Dalam pada itu, Shah Wira dalam rayuannya memohon agar anak guamnya sekadar dikenakan denda atas alasan tertuduh hanya seorang suri rumah yang perlu menjaga keluarga termasuk lima orang anaknya.

“Tertuduh memohon maaf atas kejadian yang berlaku.

Tertuduh ketika kejadian seorang diri ke stesen minyak untuk membeli makanan dan meletakkan keretanya di situ buat sementara waktu.

“Namun oleh kerana salah faham, dia gagal mengalihkan keretanya selain kehadiran pemuda-pemuda dan seorang wanita yang melakukan sedikit provokasi terhadapnya,” katanya.

Buletin Info Semasa

22 Oct, 13:39


Kes bunuh Cikgu Istiqomah: 23 Disember untuk serah laporan kimia, bedah siasat

Oleh
Farwizah Samsudin
October 22, 2024

MAHKAMAH Majistret Alor Gajah hari ini menetapkan 23 Disember bagi penyerahan laporan kimia dan bedah siasat kes bunuh guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi.

Majistret Dr Teoh Shu Yee memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan tarikh sebutan baharu selepas dimaklumkan bahawa kedua-dua laporan masih belum diperoleh.

Peguam bela, Ahmad Nur Awalluddin Zakarian mewakili tertuduh yang merupakan bekas cikgu Mohd Fadzly Ariffadzilah, 36, tidak membantah permohonan itu.

Pada 19 Ogos lalu, Mohd Fadzly Ariffadzilah, didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membunuh guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Dia didakwa membunuh Istiqomah Ahmad Rozi pada 26 hingga 31 Disember di tepi Jalan Kampung Tanjung Rimau Luar Pulau Sebang di Alor Gajah.

UtusanTV sebelum itu melaporkan penemuan mayat wanita tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki di dalam tong sampah di tepi jalan Alor Gajah-Tampin berdekatan Kampung Rimau, Pulau Sebang pada 6 Januari lalu.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badan iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong dan disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang.

Bagaimanapun, identiti mangsa gagal dikenal pasti dan pihak patologi hanya mengesahkan mayat dianggarkan berumur antara 20 hingga 30-an dan merupakan seorang wanita.

Berikutan penemuan mayat itu, polis turut menjalankan ujian DNA ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan sebelum itu namun negatif.

Selepas lapan bulan, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023.

Susulan itu Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Melaka dengan kerjasama JSJ Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, menahan sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun di Chemor, Perak pada 6 Ogos.

Siasatan yang dijalankan ke atas kedua-dua individu telah membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat mangsa dijumpa.-UtusanTV

#UtusanTV

Buletin Info Semasa

22 Oct, 06:19


21/10/2023. PUTRAJAYA. Kemalangan di plaza tol Putrajaya dari arah Lebuhraya ELITE melibatkan lori dan sebuah peti sejuk@MPV lepat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.